Polisi Privasi Expop

Tarikh Dikemas Kini Terakhir: 15 Ogos 2025

Pengenalan

Ini adalah polisi privasi Ascendance US Inc., sebuah syarikat diperbadankan di Delaware, Amerika Syarikat, yang menjalankan perniagaan/pengurusan di bawah nama Expop (“Expop”, “kami”, “milik kami”). Pihak kami komited untuk melindungi dan menghormati privasi “anda”(pihak yang berinteraksi bersama kami). Polisi ini menerangkan jenis maklumat peribadi yang mungkin kami kumpul daripada anda atau yang anda berikan kepada kami apabila anda menggunakan platform Expop di expop.io (“Platform”), mengambil bahagian dalam The Start-Up Challenge by Expop (“Cabaran”) dan berinteraksi dengan kandungan di dalamnya (“Perkhidmatan”), serta amalan dan polisi kami untuk mengumpul, menggunakan, menyelenggara, melindungi, dan mendedahkan maklumat tersebut.

“Maklumat peribadi” (kadangkala dirujuk sebagai “data peribadi” atau “maklumat yang boleh mengenal pasti anda”) bermaksud sebarang maklumat yang mengenal pasti, berkaitan dengan, menerangkan, atau secara munasabah boleh dikaitkan dengan seorang individu atau isi rumah tertentu secara langsung atau tidak langsung. Polisi ini, yang digabungkan ke dalam Terma Penggunaan kami, termasuk maklumat peribadi yang kami kumpul di Platform kami, melalui e-mel, mesej elektronik lain dalam Platform kami, semasa menggunakan Perkhidmatan kami, dan semasa menyertai Cabaran.

Sila baca polisi ini dengan teliti untuk memahami polisi dan amalan kami berkaitan maklumat peribadi anda serta cara kami mengendalikannya.

Jika anda tidak bersetuju dengan polisi dan amalan kami, pilihan yang terbaik untuk anda adalah untuk tidak menggunakan laman web kami. Dengan mengakses atau menggunakan Platform kami, Perkhidmatan kami, dan menyertai Cabaran, anda bersetuju dengan polisi privasi ini dan, di mana dikehendaki oleh undang-undang, memberikan persetujuan kepada pemprosesan maklumat peribadi anda di Amerika Syarikat dan di bawah undang-undangnya.

Walaupun kami berusaha sebaik mungkin untuk melindungi maklumat peribadi anda, penghantaran maklumat melalui internet tidak 100% selamat dan Expop tidak dapat menjamin keselamatan maklumat yang anda hantar kepada kami. Anda bertanggungjawab untuk melindungi diri anda, termasuk menjaga kerahsiaan kata laluan atau maklumat akaun anda.

Polisi ini mungkin diubah dari semasa ke semasa. Penggunaan berterusan anda terhadap Platform, Perkhidmatan, dan penyertaan dalam Cabaran selepas perubahan dibuat dianggap sebagai penerimaan anda terhadap perubahan tersebut, jadi sila semak polisi ini secara berkala.

Perubahan kepada Polisi ini

Kami boleh mengemas kini Polisi Privasi ini dari semasa ke semasa untuk mencerminkan perubahan dalam amalan privasi kami dengan memberikan notis kepada anda tentang perubahan tersebut. Bentuk notis termasuk tetapi tidak terhad kepada; penyediaan pautan kepada Polisi Privasi baharu, menyiarkan Polisi Privasi baharu di Platform, atau menghantar pautan kepada Polisi Privasi baharu melalui maklumat hubungan yang telah anda berikan kepada kami.Perubahan tersebut akan berkuat kuasa berhubung dengan penggunaan Perkhidmatan oleh anda selepas kami memberikan notis tentang perubahan itu. Anda digalakkan untuk menyemak Polisi Privasi ini secara berkala untuk mengetahui sama ada terdapat sebarang perubahan. Penggunaan Platform atau Perkhidmatan kami oleh anda, atau penerusan penyertaan dalam Cabaran setelah kami memberikan notis perubahan, akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap pindaan tersebut.

Kanak-Kanak di Bawah Umur 13 Tahun

Platform, Perkhidmatan, dan Cabaran kami tidak ditujukan untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun. Individu di bawah umur 13 tahun tidak dibenarkan untuk memberi sebarang maklumat peribadi kepada Platform kami. Kami tidak akan mengumpul maklumat peribadi daripada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun secara rela. Jika anda berumur di bawah 13 tahun: Jangan gunakan atau berikan sebarang maklumat di Platform ini, sama ada melalui Perkhidmatan kami, atau semasa menyertai Cabaran.Jangan berkongsi sebarang maklumat tentang diri anda kepada kami, termasuk nama, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, ataunama skrin (screen name), nama pengguna (username) anda. Jika kami mengetahui bahawa kami telah mengumpul atau menerima maklumat peribadi daripada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun tanpa pengesahan persetujuan ibu bapa, kami akan memadamkan maklumat tersebut. Jika anda percaya bahawa kami mungkin mempunyai maklumat daripada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun, sila hubungi kami di support@expop.io.

Maklumat Peribadi Anda yang Kami Kumpul dan Cara Pengumpulan

Semasa pendaftaran dan sepanjang Cabaran, Expop akan mengumpul maklumat peribadi tertentu daripada peserta.

Maklumat ini tertakluk kepada:

  • Nama, tarikh lahir, alamat e-mel, nama sekolah atau pertubuhan yang anda wakil, tahap gred/pelajaran, negara tetapan dan tempat tinggal, dan maklumat hubungan anda dan/atau ibu bapa/penjaga anda.

  • Pengecam peribadi unik seperti pengecam dalam talian (online identifiers), nama pengguna (username), atau nama akaun.

  • Umur.

  • Tahap pendidikan.

Kami juga mungkin mengumpul maklumat pembayaran seperti:

  • Nama pembayar, maklumat kad kredit, tarikh luput, alamat pengebilan (billing address), dan lain-lain.

Selain itu, kami mungkin mengumpul:

  • Rekod dan salinan korespondensi anda (termasuk alamat e-mel) jika anda menghubungi kami, carian yang anda buat di Platform, dan laporan masalah berkaitan Platform, Perkhidmatan, atau Cabaran.

 Kami juga mengumpul maklumat yang anda berikan sebagai sebahagian daripada aktiviti Cabaran, termasuk 

  • Maklumat peribadi dalam penyerahan projek, pitch deck, penerangan idea perniagaan, jawapan tinjauan, atau bahan lain yang anda hasilkan.
    Rakaman video atau audio sesi Cabaran, bengkel, pembentangan, atau acara yang mungkin merakam imej, rupa, atau suara anda seperti yang dinyatakan dalam Terma kami.

Kami mengumpul maklumat peribadi ini secara langsung daripada anda atau secara automatik apabila anda menggunakan Platform, menggunakan Perkhidmatan, atau menyertai Cabaran.
Maklumat yang dikumpul secara automatik mungkin termasuk pengecam pelayar atau peranti, Butiran penggunaan, Maklumat lokasi fizikal/geolokasi atau lokasi rangkaian,Alamat IP dan Maklumat yang dikumpul melalui “cookie”. Kami tidak mengumpul maklumat peribadi secara automatik, tetapi kami boleh mengaitkan maklumat bukan peribadi yang dikumpul secara automatik dengan maklumat peribadi tentang anda yang kami kumpul daripada sumber lain atau yang anda berikan kepada kami.

Penggabungan ini membantu kami:

  • Menganggar saiz khalayak dan corak penggunaan,

  • Mengetahui pilihan anda bagi menyesuaikan Platform dan Perkhidmatan mengikut minat anda,

  • Mempercepatkan carian dan prestasi Platform/Perkhidmatan, dan

  • Mengenali anda apabila anda kembali ke Platform.

Teknologi yang Kami Gunakan untuk Pengumpulan Data Automatik

  • Cookie (atau browser cookies): Fail kecil yang diletakkan pada cakera keras komputer anda. Anda boleh menolak cookie dengan mengaktifkan tetapan yang sesuai pada pelayar anda. Namun, jika anda memilih tetapan ini, sesetengah bahagian laman web kami mungkin tidak dapat diakses.

  • Web beacons: Fail elektronik kecil (juga dikenali sebagai clear gifs, pixel tags, atau single-pixel gifs) yang membolehkan Expop mengira pengguna yang telah melawat halaman tertentu atau mendapatkan statistik berkaitan (contohnya, mengukur populariti kandungan dan mengesahkan integriti sistem/pelayan).

Sumbangan Pengguna (User Contributions)

Anda juga mungkin memberikan maklumat untuk diterbitkan atau dipaparkan di kawasan awam Platform atau dihantar kepada pengguna lain atau pihak ketiga. Sumbangan ini adalah atas risiko anda sendiri. Walaupun kami mengehadkan akses kepada ciri tertentu, tiada langkah keselamatan yang sempurna atau tidak dapat ditembusi. Kami tidak dapat mengawal tindakan pengguna lain yang mungkin berkongsi sumbangan anda. Oleh itu, kami tidak menjamin bahawa sumbangan anda tidak akan dilihat oleh pihak yang tidak dibenarkan.

Pemadaman Cookie dan Maklumat Lanjut

Anda boleh mengubah tetapan pelayar anda untuk tidak menerima cookie/ atau untuk  diberitahu terlebih dahulu apabila cookie dihantar ke pelayar anda. Untuk maklumat lanjut mengenai cookies, termasuk cara memadamkan sebahagian atau semua cookie anda, sila lawati: http://www.allaboutcookies.org

Jika anda ingin memadamkan cookie Google Analytics dan DoubleClick, sila lawati:

Sila ambil perhatian bahawa tindakan ini akan memberi kesan kepada cookie Google anda di semua laman web, bukan hanya di laman kami.

Cara Penggunaan Maklumat Anda

Maklumat peribadi yang kami kumpul akan digunakan untuk tujuan mentadbir dan menyampaikan Platform, Perkhidmatan, dan Cabaran. Ini termasuk: 

  • Menyediakan Platform dan kandungannya, dan menyampaikan Perkhidmatan. Memenuhi tujuan yang dinyatakan semasa maklumat dikumpul atau tujuan lain yang diperlukan.

  • Melaksanakan kewajipan kami dan menguatkuasakan hak kami yang timbul daripada sebarang kontrak dengan anda, termasuk pengebilan, kutipan bayaran, atau pematuhan undang-undang.

  • Penambahbaikan Platform, Perkhidmatan, Cabaran, pemasaran, hubungan pelanggan, dan pengalaman pengguna.

  • Mengesahkan kelayakan (contohnya umur dan persetujuan ibu bapa), mengatur kumpulan atau tugasan mentor, menghubungi peserta untuk kemaskini, menilai penyertaan, menganugerahkan hadiah, menambahbaikkan kandungan program, dan memaklumkan anda tentang perubahan pada Platform, Perkhidmatan, dan Cabaran.

  • Menghantar notis mengenai akaun, langganan, tarikh luput, dan pembaharuan.

  • Menghubungi anda berkenaan perkara berkaitan Platform, Perkhidmatan, dan Cabaran, serta peluang akan datang.

  • Pengunaan Maklumat Sekolah demi Memastikan representasi yang pelbagai dan mengesahkan status pelajar.

  • Menyediakan rakaman sesi kepada peserta lain untuk semakan pembelajaran, tujuan promosi program akan datang, atau untuk latihan dalaman dan jaminan kualiti.

  • Menyediakan ringkasan kemajuan/penyertaan peserta, tarikh akhir penyerahan, dan jadual kepada guru dan sekolah yang menguruskan penyertaan pelajar mereka.

  • Mendedahkan maklumat peribadi yang telah tidak mengenal pasti (de-identified personal information) kepada rakan pendidikan, penaja, dan pelabur dalam pembentangan perniagaan untuk mengembangkan Platform, Perkhidmatan, dan Cabaran.

  • Mengurus laman web, prestasi laman, operasi dalaman, ujian, penyelesaian masalah, dan unjuran penggunaan.

  • Memastikan keselamatan laman dan akaun, mengawal akses kepada Perkhidmatan.

  • Menyampaikan iklan yang relevan dan mengukur keberkesanannya.

  • Pengoptimuman untuk memastikan kandungan, susun atur dan tawaran disampaikan dengan cara yang paling berkesan untuk anda dan peranti anda.

  • Memahami dengan lebih baik tentang pelanggan dan pengunjung bagi meningkatkan Platform, Perkhidmatan, dan Cabaran, serta memperhalusi strategi penyampaian maklumat.

Cara Pendedahan dan Pemindahan Maklumat Anda

Kami boleh mendedahkan maklumat agregat mengenai pengguna kami dan maklumat yang tidak mengenal pasti mana-mana individu tanpa sebarang sekatan. Kami juga mungkin mendedahkan maklumat yang kami kumpul atau yang anda berikan seperti yang dihuraikan dalam polisi ini:

  • Kepada subsidiari dan syarikat bersekutu kami.

  • Kepada kontraktor, penyedia perkhidmatan, dan pihak ketiga lain yang kami gunakan untuk menyokong perniagaan kami, dan yang terikat dengan kewajipan kontrak untuk memastikan kerahsiaan maklumat peribadi dan menggunakannya hanya untuk tujuan yang kami nyatakan.

  • Untuk memenuhi tujuan anda memberikan maklumat tersebut. Contohnya, jika anda memberikan alamat e-mel untuk menggunakan ciri “e-mel kepada rakan” di Platform, kami akan menghantar kandungan e-mel tersebut bersama alamat e-mel anda kepada penerima.

  • Untuk sebarang tujuan lain yang kami nyatakan semasa anda memberikan maklumat tersebut.

  • Dengan persetujuan anda.

Kami juga mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda:

  • Untuk mematuhi sebarang perintah mahkamah, undang-undang, atau proses undang-undang, termasuk menjawab sebarang permintaan daripada pihak berkuasa kerajaan atau penyelia.

  • Untuk menguatkuasakan atau melaksanakan terma penggunaan kami dan perjanjian lain, termasuk bagi tujuan pengebilan dan kutipan bayaran, termasuk pertukaran maklumat dengan syarikat dan organisasi lain bagi tujuan perlindungan penipuan dan pengurangan risiko kredit.

Mengikut undang-undang yang berkaitan dengan pembeli atau pengganti lain sekiranya berlaku penggabungan, pelupusan, penyusunan semula, penstrukturan semula, pembubaran, atau penjualan/pemindahan sebahagian atau semua aset kami, sama ada sebagai perniagaan yang berterusan atau sebagai sebahagian daripada prosiding kebankrapan, pembubaran, atau seumpamanya, di mana maklumat peribadi yang dipegang mengenai pelanggan dan pengguna kami adalah antara aset yang dipindahkan.

Pemindahan Maklumat Peribadi Anda

Kami boleh memindahkan maklumat peribadi yang kami kumpul atau yang anda berikan seperti yang dihuraikan dalam polisi ini kepada kontraktor, penyedia perkhidmatan, dan pihak ketiga lain yang kami guna untuk menyokong perniagaan kami (contohnya, penyedia analitik dan enjin carian yang membantu kami untuk penambahbaikan dan pengoptimuman laman web), dan yang terikat secara kontrak untuk menjaga kerahsiaan maklumat peribadi, menggunakan maklumat peribadi anda hanya untuk tujuan yang kami nyatakan, dan memproses maklumat peribadi tersebut mengikut piawaian yang sama seperti yang ditetapkan dalam polisi ini. Kami boleh memproses, menyimpan, dan memindahkan maklumat peribadi anda ke negara lain, yang mungkin mempunyai undang-undang privasi yang berbeza dan tidak semestinya selengkap bidang kuasa anda. Dalam keadaan ini, kerajaan, mahkamah, penguatkuasa undang-undang, atau agensi kawal selia negara tersebut mungkin boleh mendapatkan akses kepada maklumat peribadi anda melalui undang-undang negara berkenaan. Setiap kali kami melantik penyedia perkhidmatan, kami akan memastikan bahawa piawaian privasi dan keselamatannya mematuhi polisi ini dan undang-undang privasi yang berkaitan.

Penjejakan dan Analitik

Kami menggunakan alat penjejakan piawaian industri untuk meningkatkan laman web kami, memahami tingkah laku pengguna, dan menyampaikan pengiklanan yang diperibadikan. Ini termasuk perkhidmatan yang disediakan oleh Google dan Meta (Facebook).

Dengan mengakses atau menggunakan Platform ini, Perkhidmatan ini, dan menyertai Cabaran, anda bersetuju dengan Polisi Privasi ini dan memberikan persetujuan kepada pemprosesan data di Amerika Syarikat di bawah undang-undangnya.

Berikut adalah cara alat ini digunakan di laman web kami:

Google Analytics

Kami menggunakan Google Analytics untuk menganalisis dan meningkatkan pengalaman pengguna di laman web kami. Ini termasuk pengumpulan data seperti:

  • Halaman yang anda lawati dan tempoh masa yang diluangkan di setiap halaman.
    Lokasi umum (Bandar, Negara) berdasarkan alamat IP anda.

  • Jenis peranti (mudah alih, desktop, tablet).

  • Pelayar dan sistem operasi yang digunakan.

  • Cara anda berinteraksi dengan kandungan kami (contohnya, klik, skrol, tempoh sesi).

  • Bagaimana anda tiba di laman kami (contohnya, enjin carian, rujukan, media sosial, pautan terus).

Maklumat ini adalah maklumat tanpa nama dan tidak mengenal pasti anda secara peribadi.

Meta Pixel (Facebook Pixel)

Kami menggunakan Meta Pixel untuk menjejaki aktiviti laman web bagi tujuan pengiklanan dan pemasaran semula (remarketing):

  • Mengenal pasti apabila pengguna mencapai halaman “Terima Kasih” atau halaman pengesahan (conversion tracking).

  • Mengenal pasti pengguna yang melawat laman tetapi tidak melengkapkan tindakan tertentu, supaya iklan yang relevan boleh dipaparkan kemudian (retargeting).

  • Membina lookalike audience dan kumpulan minat tersuai menggunakan data tingkah laku yang tanpa nama. 

Google Tag Manager & Google Ads

Digunakan untuk mengurus tag laman web dan menjejaki prestasi iklan:

  • Memantau tindakan seperti penyerahan borang atau pembelian (conversion tracking).

  • Mengenal pasti pengguna yang meninggalkan laman tanpa melengkapkan tindakan penting (retargeting).

  • Mengsegmentasi audiens untuk meningkatkan keberkesanan iklan berdasarkan tingkah laku.

Pilihan Anda: anda mempunyai kawalan terhadap data anda dan boleh memilih untuk tidak membenarkan penjejakan atau pemperibadian iklan tertentu:

Anda juga boleh mengehadkan penjejakan dengan melaraskan tetapan pelayar anda, menggunakan mod pelayaran peribadi, atau memasang penyekat iklan (ad blocker).

Penjualan/Perkongsian Maklumat Anda

Kami tidak pernah dan tidak akan “menjual” maklumat peribadi anda di bawah undang-undang perlindungan data yang berkaitan. Walaupun kami tidak menjual maklumat peribadi anda, kami mungkin mendedahkannya kepada penyedia perkhidmatan atau pemproses yang telah kami tapis dengan teliti, yang bertindak hanya bagi pihak kami dan di bawah obligasi kontrak yang melarang mereka daripada menyimpan, menggunakan, atau mendedahkan maklumat tersebut untuk sebarang tujuan selain daripada perkhidmatan tertentu yang telah kami minta atau sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang. Pendedahan sedemikian dibuat semata-mata untuk tujuan perniagaan yang sah, seperti memudahkan pelaksanaan Cabaran. Sebarang pendedahan umum mengenai pemenang (contohnya, menyiarkan nama pemenang dan sekolah mereka di laman web kami) akan dilakukan mengikut persetujuan publisiti yang dinyatakan dalam Terma kami.

Cara Kami Menyimpan, Mengekalkan dan Melindungi Maklumat Anda

Kami akan mengekalkan maklumat peribadi selama mana yang diperlukan untuk memenuhi sebarang kewajipan undang-undang yang kami ada, serta bagi tujuan memproses maklumat peribadi anda untuk penyampaian Platform, Perkhidmatan, dan Cabaran.Sebagai contoh, jika anda terus melanggan perkhidmatan berasaskan e-mel kami, kami akan memerlukan maklumat anda untuk menghantar perkhidmatan tersebut kepada anda.Kami juga mungkin mengekalkan maklumat yang telah diagregatkan dan tanpa nama selepas tempoh tersebut untuk tujuan penyelidikan dan bagi membantu kami membangunkan serta menambah baik Platform, Perkhidmatan, dan Cabaran. Maklumat yang diagregatkan dan tiada nama (anonymized) tidak dapat digunakan untuk mengenal pasti anda.

Keselamatan Maklumat

Kami komited untuk melindungi maklumat peribadi anda. Semua maklumat yang anda berikan kepada kami disimpan di pelayan yang selamat. Akses ke Platform dan Perkhidmatan kami adalah dilindungi kata laluan demi privasi dan keselamatan anda.Walaupun kami berusaha sebaik mungkin untuk melindungi maklumat peribadi anda, kami tidak dapat menjamin keselamatan sebarang maklumat yang anda hantarkan kepada kami melalui internet, dan anda melakukannya atas risiko sendiri. Anda bertanggungjawab untuk menjaga kerahsiaan kata laluan dan/atau maklumat akaun anda. Malangnya, penghantaran maklumat melalui internet tidak sepenuhnya selamat. Setelah kami menerima maklumat peribadi anda, kami akan menggunakan prosedur dan ciri keselamatan yang ketat untuk cuba mengelakkan kehilangan secara tidak sengaja, atau daripada capaian, penggunaan, pengubahan, atau pendedahan tanpa kebenaran.

Pautan ke Laman Web Pihak Ketiga

Platform dan Perkhidmatan kami mungkin, dari semasa ke semasa, mengandungi pautan ke laman luar. Kami tidak bertanggungjawab terhadap polisi privasi atau kandungan laman tersebut. Mengklik pautan tersebut atau mengaktifkan sambungan mungkin membolehkan pihak ketiga mengumpul atau berkongsi maklumat peribadi tentang anda. Jika anda mengikuti pautan ke laman web pihak ketiga atau menggunakan pemalam pihak ketiga, sila ambil perhatian bahawa pihak ketiga tersebut mempunyai polisi privasi mereka sendiri, dan kami tidak menerima sebarang tanggungjawab atau liabiliti terhadap polisi tersebut. Kami tidak mengawal laman web pihak ketiga, dan anda digalakkan untuk membaca polisi privasi setiap laman web yang anda lawati.

Mengakses dan Membetulkan Maklumat Anda serta Menarik Balik Persetujuan Anda

Anda boleh menyemak dan mengubah maklumat peribadi anda dengan log masuk ke Platform dan melawati halaman profil akaun anda. Bergantung kepada bidang kuasa tempat tinggal anda, anda mungkin mempunyai hak undang-undang untuk meminta akses kepada maklumat peribadi yang anda telah berikan kepada kami,membetulkan maklumat tersebut, atau memadamkan maklumat tersebut. Kami tidak dapat memadamkan maklumat peribadi anda kecuali dengan turut memadamkan akaun pengguna anda. Kami mungkin tidak dapat memenuhi permintaan untuk mengubah maklumat jika kami percaya perubahan tersebut akan melanggar mana-mana undang-undang atau keperluan undang-undang, atau menyebabkan maklumat menjadi tidak tepat. Jika anda telah memberikan persetujuan untuk pengumpulan, penggunaan, dan pemindahan maklumat peribadi anda, anda mempunyai hak undang-undang untuk menarik balik persetujuan tersebut dalam keadaan tertentu.

Sila ambil perhatian: Jika anda menarik balik persetujuan, kami mungkin tidak dapat menyediakan Perkhidmatan tertentu kepada anda dan anda mungkin tidak dapat menyertai Cabaran. Kami akan menerangkan kesannya kepada anda pada masa tersebut untuk membantu anda membuat keputusan.

Untuk membuat permintaan atau menarik balik persetujuan, sila e-mel kepada kami di support@expop.io.

Hak Privasi Negeri Anda (Amerika Syarikat)

Undang-undang privasi pengguna di beberapa negeri di Amerika Syarikat mungkin memberikan hak tambahan kepada penduduk negeri tersebut berkenaan penggunaan maklumat peribadi mereka.Negeri-negeri seperti California, Colorado, Connecticut, Delaware, Florida, Indiana, Iowa, Kentucky, Maryland, Minnesota, Montana, Nebraska, New Hampshire, New Jersey, Oregon, Rhode Island, Tennessee, Texas, Utah, dan Virginia menyediakan (sekarang atau pada masa hadapan) hak berikut kepada penduduk mereka:

  • Mengesahkan sama ada kami memproses maklumat peribadi mereka.

  • Mengakses dan memadamkan maklumat peribadi tertentu.

  • Membetulkan ketidaktepatan dalam maklumat peribadi mereka, dengan mengambil kira sifat maklumat dan tujuan pemprosesan (tidak termasuk Iowa dan Utah).

  • Portabiliti data – hak untuk menerima salinan data mereka dalam format boleh alih.

  • Pilihan keluar (opt-out) daripada pemprosesan data peribadi untuk:

    • Pengiklanan tersasar (tidak termasuk Iowa);

    • Penjualan atau perkongsian data; atau

    • Pemprofilan bagi tujuan keputusan yang memberi kesan undang-undang atau kesan signifikan yang sama (tidak termasuk Iowa dan Utah).

  • Sama ada mengehadkan (opt-out) atau memerlukan persetujuan untuk memproses data peribadi sensitif.

Skop sebenar hak-hak ini mungkin berbeza mengikut negeri. Untuk melaksanakan mana-mana hak ini, sila e-mel kepada kami di support@expop.io.

Eropah

Bagi tujuan undang-undang perlindungan data di Kawasan Ekonomi Eropah (“Undang-Undang Perlindungan Data”), pengawal data ialah:

Ascendance US Inc.
169 Madison Ave STE 11804
New York, NY 10016

Penggunaan Cookie

Laman kami meletakkan cookie pada peranti anda untuk pelbagai tujuan seperti yang dihuraikan dalam bahagian Cookie dan Teknologi Lain dalam Polisi Privasi ini. Sila rujuk bahagian tersebut untuk maklumat lanjut mengenai kuki dan cara mencegah penggunaannya. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kuki yang kami tetapkan, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data kami di support@expop.io.

Penyimpanan Data

Data yang kami kumpul daripada anda dipindahkan ke dan mungkin disimpan di destinasi di luar Kawasan Ekonomi Eropah (“EEA”) yang tidak tertakluk kepada Undang-Undang Perlindungan Data yang setara. Bagi tujuan kami, maklumat yang kami kumpul diproses dan disimpan di Amerika Syarikat. Kami boleh memindahkan maklumat peribadi anda ke luar EEA. Sekiranya pemindahan sedemikian berlaku, kami akan mengambil semua langkah yang munasabah untuk memastikan data anda tertakluk kepada perlindungan yang sewajarnya, seperti bergantung pada mekanisme kecukupan undang-undang yang diiktiraf, dan bahawa data tersebut dikendalikan dengan selamat serta selaras dengan Polisi Privasi ini.

Hak Pengguna di Eropah

Pengguna laman di Eropah mempunyai hak tertentu dalam keadaan tertentu, termasuk hak untuk:

  1. Dapat salinan maklumat peribadi anda yang kami simpan.

  2. Meminta pembetulan atau pemadaman maklumat peribadi anda yang kami simpan.
    Meminta kami mengehadkan pemprosesan maklumat peribadi anda (contohnya, sementara kami mengesahkan atau menyiasat kebimbangan anda terhadap maklumat tersebut).

  3. Membantah pemprosesan lanjut maklumat peribadi anda, termasuk hak untuk membantah pemasaran (seperti yang disebut dalam bahagian kemas kini dan komunikasi promosi kami).

  4. Meminta agar maklumat peribadi yang anda berikan dipindahkan kepada pihak ketiga.

Hak untuk Menarik Balik Persetujuan

Apabila pemprosesan maklumat peribadi anda oleh kami adalah berdasarkan persetujuan, anda berhak untuk menarik balik persetujuan tersebut tanpa sebarang kerugian. Anda boleh menarik balik persetujuan secara dalam talian atau dengan menghubungi kami. Untuk maklumat lanjut atau pilihan lain untuk menguruskan hak privasi anda, sila rujuk Bahagian Mengakses atau Membetulkan Maklumat Anda dalam Polisi Privasi ini.

Perubahan kepada Polisi Ini

Kami mungkin meminda Pernyataan Privasi dan Cookie ini dari semasa ke semasa. Sila semak semula polisi ini secara berkala untuk mengetahui hak anda dan melihat tarikh Tarikh Berkuat Kuasa atau Tarikh Dikemaskini Terakhir yang disenaraikan di bawah. Sekiranya kami membuat sebarang perubahan yang bersifat substantif terhadap polisi ini, kami akan mengumumkannya di laman web kami dan memaklumkan anda melalui e-mel.

Malaysia

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”), yang disokong oleh pelbagai peraturan, kod amalan industri khusus dan piawaian yang dikeluarkan di bawahnya (secara kolektif dirujuk sebagai “PDPA”), terpakai bagi pemprosesan data penduduk Malaysia.

Bagi tujuan PDPA, pengawal data ialah:

Ascendance US Inc.
169 Madison Ave STE 11804
New York, NY 10016

Pendedahan

PDPA memerlukan pendedahan tertentu yang telahpun diliputi dalam Polisi Privasi ini, termasuk:

  • Jenis data peribadi yang diproses oleh atau bagi pihak pengawal data;

  • Tujuan pengumpulan dan pemprosesan lanjut data peribadi;

  • Sumber data peribadi;

  • Hak subjek data untuk meminta akses dan pembetulan data peribadi, serta cara menghubungi pengawal data untuk sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan data peribadi;

  • Kategori pihak ketiga yang kepadanya data peribadi didedahkan atau mungkin didedahkan;

  • Pilihan dan cara yang ditawarkan kepada subjek data untuk menghadkan pemprosesan data peribadi;

  • Sama ada pembekalan data peribadi adalah wajib atau sukarela; dan

  • Jika wajib, akibat kegagalan untuk membekalkan data peribadi tersebut.

Anda boleh menghubungi kami melalui maklumat yang diberikan di bawah sekiranya memerlukan penjelasan lanjut atau maklumat tambahan mengenai pendedahan yang terkandung di sini.

Hak Anda

Menurut Seksyen 6(2) dan Seksyen 40 PDPA, anda berhak untuk dimaklumkan mengenai pemprosesan data peribadi anda, berhak menentukan sama ada untuk memberikan persetujuan dan skop persetujuan tersebut, berhak agar persetujuan anda direkodkan dan disimpan, serta berhak untuk menarik balik persetujuan terhadap pemprosesan data peribadi anda.

Penyimpanan Data

Data yang kami kumpul daripada anda dipindahkan ke, dan mungkin disimpan di, destinasi di luar Malaysia. Bagi tujuan kami, maklumat yang dikumpul diproses dan disimpan di Amerika Syarikat. Selaras dengan Seksyen 129 PDPA, apabila data peribadi dipindahkan ke luar Malaysia, kami akan mengambil semua langkah yang munasabah untuk memastikan data tersebut dilindungi dengan piawaian yang setara dengan keperluan yang ditetapkan oleh PDPA.

Keperluan Bahasa Kebangsaan

Sebagaimana yang dikehendaki oleh PDPA, versi Polisi Privasi ini dalam Bahasa Melayu disediakan.

Indonesia

Undang-Undang No. 27 Tahun 2022 mengenai Perlindungan Data Peribadi (“PDP Law”) terpakai bagi pemprosesan data penduduk Indonesia.

Bagi tujuan PDP Law, pengawal data ialah:

Ascendance US Inc.
169 Madison Ave STE 11804
New York, NY 10016

Pendedahan

PDP Law memerlukan pendedahan tertentu yang telahpun termasuk dalam Polisi Privasi ini, termasuk:

  • Asas undang-undang bagi pemprosesan data peribadi;

  • Tujuan pemprosesan data peribadi;

  • Jenis dan kesesuaian data peribadi yang akan diproses;
    Tempoh penyimpanan dokumen yang mengandungi data peribadi;

  • Butiran maklumat yang dikumpul;

  • Tempoh pemprosesan data peribadi; dan

  • Hak subjek data peribadi.

Hak / Permintaan

Di bawah PDP Law, anda berhak untuk dimaklumkan mengenai pemprosesan data peribadi anda, berhak menentukan sama ada untuk memberikan persetujuan dan skop persetujuan tersebut, serta berhak untuk menarik balik persetujuan terhadap pemprosesan data peribadi anda. Bagi subjek data di bawah umur 18 tahun, Artikel 25 PDP Law menetapkan bahawa pengawal data mesti mendapatkan persetujuan daripada ibu bapa, penjaga atau individu yang mempunyai tanggungjawab penjagaan sebelum memproses data peribadi subjek data tersebut. Selaras dengan Peraturan Kerajaan No. 17 Tahun 2025 mengenai Pengurusan Sistem Elektronik untuk Perlindungan Kanak-kanak (“GR 17/2025”):

  • Kami akan mendapatkan persetujuan ibu bapa atau penjaga sebelum membenarkan kanak-kanak mengakses Platform.

  • Kami akan memastikan Platform ditetapkan pada Tahap Privasi Tinggi dan memastikan bahawa data peribadi yang diproses sentiasa terhad kepada tujuan yang dinyatakan di sini.

  • Kami akan menjalankan Penilaian Kesan Perlindungan Data (Data Protection Impact Assessments – DPIA) untuk menilai potensi risiko berkaitan penggunaan Platform oleh kanak-kanak.

Larangan

Menurut GR 17/2025, kami tidak akan:

  • Menggunakan data peribadi untuk membuat profil kanak-kanak bagi sebarang tujuan, termasuk menawarkan produk atau perkhidmatan, kecuali diperlukan untuk mentadbir dan memudahkan Cabaran;

  • Melaksanakan kaedah, teknik, atau amalan terselindung atau tidak telus yang menggalakkan kanak-kanak memberikan data peribadi melebihi apa yang diperlukan untuk menggunakan atau mengakses Platform;

  • Melepaskan atau mengurangkan fungsi perlindungan privasi sistem; atau mengumpul maklumat geolokasi tepat kanak-kanak.

Vietnam

Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi No. 91/2025/QH15 (“PDPL”) dan Dekri No. 13/2023/ND-CP bertarikh 17 April 2023 mengenai Perlindungan Data Peribadi (“Dekri 13”) (secara kolektif dirujuk sebagai “Undang-Undang Privasi Data Vietnam”) terpakai bagi pemprosesan data penduduk Vietnam.

Bagi tujuan PDPL, pengawal data ialah:

Ascendance US Inc.
169 Madison Ave STE 11804
New York, NY 10016

Pendedahan

Undang-Undang Privasi Data Vietnam memerlukan pendedahan tertentu yang telahpun terkandung dalam Polisi Privasi ini, termasuk:

  • Tujuan data peribadi dikumpul dan diproses selanjutnya;

  • Sumber data peribadi;

  • Hak subjek data untuk meminta akses dan pembetulan data peribadi serta cara menghubungi pengawal data untuk sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan data peribadi;

  • Pilihan dan cara yang ditawarkan oleh pengawal data kepada subjek data untuk menghadkan pemprosesan data peribadi;

Selaras dengan Undang-Undang Privasi Data Vietnam, anda mempunyai hak untuk dimaklumkan mengenai pemprosesan data peribadi anda, berhak menentukan sama ada untuk memberikan persetujuan dan skop persetujuan tersebut, berhak agar persetujuan anda direkodkan dan disimpan, serta berhak untuk menarik balik persetujuan terhadap pemprosesan data peribadi anda.

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan, komen, atau permintaan berkaitan dengan Polisi Privasi ini adalah dialu-alukan dan hendaklah dialamatkan kepada:

Pegawai Privasi Data
Ascendance US Inc.
169 Madison Ave STE 11804
New York, NY 10016
E-mel: support@expop.io

Sekiranya anda percaya bahawa Cabaran atau Platform telah melanggar hak anda atau hak anak anda seperti yang diperuntukkan dalam dokumen ini, sila kemukakan laporan terperinci menggunakan maklumat perhubungan di atas.

This website uses cookies and other tracking technologies to enhance user experience and to analyze performance and traffic on our website. We also share information about your use of our site with our social media, advertising and analytics partners. If we have detected an opt-out preference signal then it will be honored. Further information is available in our Privacy Policy.